Sunday, October 17, 2010

SEraM

Sedang menanti siaran movie " DRAG ME TO HELL". Aku ni memang suka tengok filem seram. Pantang ade ajer aku akan tunggu meskipun siarannya lewat. W/pun aku suka tgk filem seram bukan bermakna aku ni berani..aku tergolong didalam org2 yg penakut.
Ni aku nk cerita ttg beberapa siri mistik yg pernah berlaku pada diri aku. Siri yg pertama ialah sewaktu aku masih di sekolah rendah lagi. Aku ni memang sejak kecil tidur sorang2 dlm bilik..almaklumlah adik2 aku ramai lelaki so x kan la aku nk kongsi bilik ngan depa. Ada satu hari tu bila aku tidur aku rasa katil aku mcm bergerak2..yg anehnya ia terjadi waktu aku dlm keadaan separa sedar iaitu waktu nk terlelap..bila aku buka mata ajer..x ader apa2 pun..lepas tu tiba2 ajer aku terasa mcm nk jatuh katil n kaki aku mcm dicuit2 org...terus aku x sedap hati..apa lagi aku pun bgtau la kat ayah aku. Aku disuruhnya membaca alfatihah, 3 Qul dan ayat kursi. Alhamdullilah..sejak aku amalkan bacaan itu gangguan pun hilang..
Siri yang kedua terjadi sewaktu aku di M4P ketika menjalani latihan KPLI. Malam tu merupakan malam kebudayaan bagi pelajar Diploma Muzik. So aku ni memang suka tgk konsert atau siaran yg seantara dengannya. Malam tu memang best betul. Terhibur dengan nyanyian n band muzik oleh adik2 . Ada nyanyian, persembahan muzik, sketsa n mcm2 lagi. Yg paling aku suka bila aku tgk ada adik2 yg meniru tarian Kareena Kapoor dan Hitrik Roshan ( Oh My Darling I Love You) dlm filem Mujhe Dosti Karoge ( ejaan tu entah betoi atau tidak). Memang happening..maklum la aku ni peminat filem HINDUSTAN apatah lagi kalu filem di lakonkan oleh Shah Rukh Khan dan Hitrik. Most of all aku suka tgk my ex lecturer Mr Hussein dgn ular2nya..
So malam kebudayaan ni berakhir agak lewat pkol 12tgh mlm..so dlm perjalanan utk balik ke bilik aku singgah le sekejap kt public phone yg berhampiran tuk call husband aku..saja nk bertanya kabar sbb hpon aku waktu tu x ade kredit.. public phone tu betul2 terletak dbawah satu pokok yg besar. Waktu tu memang la aku x rasa apa sbb ade ramai pelajar kt situ..
Perkara yg x diingini ni terjadi sewaktu aku nk tidur..mlam tu aku x boleh lelapkan mata. Bila aku nk lelap ajer terasa mcm ade org yg perhatikan aku..seram sejuk jadinya.. Roomate aku dah lama terlelap.. aku cuba juga pejamkan mata n mula nk baca alfatihah...alamak???? aku x leh nk ingat bacaan tu..asyik ulang alhamdullillah...alhamdullilah...lidah aku betul2 kelu nk baca alfatihah..sdngkan selama ni ayat itulah yg aku amalkan sblom tido..
Ni x boleh jadi ni..so aku pun terpaksa la kejutkan roomate aku n ceritakan hal aku kt dia..Thanx to my exroom-mate..Laila n my other fren.. Lyn ..depa dua org ni sanggup berjaga tuk bacakan yassin utk aku sbb aku waktu tu pun dah x reti nk baca yassin meskipun surahnya ada dlm tangan aku...Habih kelu..semua gara2 makhluk yg aku x nampak ni.. Alhamdullilah selesai aje bacaan yassin aku pun boleh lena..so mlm tu aku terpaksa berkongsi katil ngan Lyn sbb dia takut nk balik ke bilik dia..mmm
Makhluk2 ni mmg ade disekeliling kita jadi kita ni kena la selalu beringat dan yg penting sekali alquran jgn dilupa sbb ni ajer penawar utk perkara2 mcm ni,
Ni dok tulis benda2 mcm ni pun wat bulu roma aku berdiri...nasib baik ler mlm ni husband aku x keluar pi jumpa kwn2 dia so berani la sikit..Okay..titik..filem yg aku tunggu dah nk start..

No comments: