Monday, October 11, 2010

10/10/10

10/10/10 negara dikejutkan dengan satu lagi kemalangan ngeri. Kali ini ia meragut nyawa 12 org. Berlaku di km 223.2 berhampiran susur keluar Tampin.
Betapa mudahnya dengan sekelip mata sahaja, 12 nyawa melayang. Memang kita tidak boleh menghalang. Semuanya kuasa dan kehendak Allah swt.
Tapi sebagai manusia takkan kita tak boleh belajar dari perkara2 yg lepas. Sikap pemandu di Malaysia ni memang x pernah berubah.
Manusia sentiasa nak tunjuk hebat. Pandu laju, langgar lampu merah, lampu signal x reti nk guna dan mcm2 lagi.
Itu baru pemandu kereta, penunggang motosikal pun hebat gak. Mcm2 aksi yg kita tgk. Yg paling biasa sekali helmet. X reti2 nk pakai, kalau pakai pun x reti2 nk ketatkan talinya. Tak sayang nyawa sungguh.
Satu lagi yg aku perhatikan mereka2 ni x tahu nk guna lampu signal. Bila nk tukar lorong atau nk masuk simpang, pakai redah ajer..x reti2 nk bagi signal. Hangin tul...selalu aku tkena ngan manusia jongkos ni..nasib baik ler aku ni pemandu berhemah..hehehe..x pernah lebih 70(betul ker)
Semasa aku masih lagi di USM, aku pernah menyaksikan 2 kemalangan. Yg satu ni ngeri gila..betul2 berlaku didepan mata. Penunggang motorsikal ni aku tgk mmg berhemah..tapi malang x berbau..sbb org yg menyebabkan kemalangan ni mmg kacang hantu.Ade ker patut diparkingnya lori dekat2 ngan lampu isyarat, dikawasan gelap lak tu alamatnya penunggang moto ni terlanggar lori ni lalu terjatuh. Beliau cuba bangun semula tapi disbbkan waktu tu lampu isyarat telah bertukar, terus ajer van merempuh beliau.Beliau meninggal dunia ditempat kejadian.
Satu lagi kemalangan yg aku saksikan ni, patut diambil iktibar 0leh ibu bapa. Ada satu family ni naik moto tapi yg x syoknya, anak dia tu diletakkan dlm raga moto. Dah la tu, helmet x pakai lak. Ditakdirkan waktu tu aku n rakan2 aku sedang ronda2 Penang..jalan tu x ler sesak sgt n kwn aku tu drive slow ajer..moto tu lebih kurang 200 meter kt depan keta kami..tiba2 moto dia tu terlanggar lopak so jatuh ler..pasangan tadi jatuh kt tepi jln tapi anak dia tu terlantar kt tengah jln..nasib baik ler kwn aku tu sempat tekan brek..kalu tidak x tahu ler..So moral of this story..sayangi la nyawa anda dan keluarga anda..
Kt sini aku perhatikan ramai ibubapa yg suka letak anak dia dlm raga moto..BAHAYA tu.. kalu jadi apa2 anak tu yg teruk sekali.

No comments: