Monday, December 27, 2010

kampungku




Dah nak sekolah

TUp Tap Tup Tap...dah mula sekolah semula...cepat sungguh masa berlalu..mmmm..sedang menanti 1st meeting..apa yg suprise agaknya...

Sunday, December 5, 2010

Cuti

Dah hampir sebulan aku bercuti.Terasa bosan lak bila x dak kerja.. Sepanjang bulan cuti ni dah 2 kali aku ke Penang...meronda2 sekitar USM dan M4P..mengimbau kenangan sewaktu disana..Penang..tempat yg memang best sekali..anak aku pula menanam cita2 utk belajar di sana nanti..Insya-allah..ibu doakan moga berjaya..

Wednesday, October 27, 2010

CABEL CAR

PENAT dan LAWAK..ari ni satu pengalaman yg memenatkan dan buang masa..hehehe..ari ni aku dengan bangga dan riaknya nk berpoya2 di cabel car..yer la sejak dok kt sini aku x pernah naik benda ni lagi. Hubby aku n anak gayat so terpaksa la pendamkan hasrat. So sambil temankan budak2 form 3 aku n THE GANG pun tersengih2 tawarkan diri. Punya la syok perasaan waktu tu sampai x tau nk habaq..MALANGNYA..kami tewas dengan kuasa ALLAH swt..ari ni hujan dari pagi sehingga pkol 1.30tgh..huhuhu..KAMI pun x dpt la nk bersuka ria..CUMA MELEPAK2 DIKAKI GUNUNG N PLAYSMART AJER...TeNsioNnya..
MALAS nk cerita banyak...tengok ajerlah wajah kecewa KAMI
ni saja control x nak tunjuk depan student yg kami ni kecewa sangat


Dato' G n Sir Z cuba menyembunyikan perasaan sebenar mereka


budak2 ni pun kecewa habih


Sunday, October 24, 2010

Saturday, October 23, 2010

Kerja

Argh...terpaksa wat overtime ari ni..Aku ni bukan boleh lama2 kt tempat kerja tapi ari ni terpaksa..ni semua gara2 ari ni aku dihantar oleh hubby.So kena tunggu dia habih meeting...Dari dulu lagi aku ni terkenal dgn cikgu yg selalu balik on-time (bukan balik awal ek). Cukup2 ajer jam kat mesin punch card tu aku dah tekankan kad aku tu..Kalau kt sek lama aku dulu aku selalu berebut ngan sorang akak tu..hehehe..kadang2 my ex pengetua sengaja aje tunggu kt mesin tu...AKU APA KISAH...buat dek ajer..bukannya aku blah awai..dah habih waktu balik ajer la..tunggu lama2 pun bukan leh dpt 'C'..
Cakap pasai "C" ni aku rasa ramai di antara kita yg mahukan ia..bukannya apa, ini menunjukkan yg penat lelah kita tu dihargai. Datang kerja awal, balik lambat, kadang2 sampai 2 3 post penting yg kita pegang..so bila kita dapat "C" memang la seronok. Tapi apa perasaan kita bila dah kerja  bertahun2 tapi apa yg kita wat selama ni langsung x dipandang. Last2 org yg baru ajer keja dapat "C"..HANGIN TAK? So kalau terkena mcm ni..anggaplah itu bukan rezeki kita..insya-allah kita akan dapat yg lebih baik lagi.

Wednesday, October 20, 2010

Mampu ker?


Mampukah Kita Menggapai Impian jikaHanya Berpeluk tubuh.. Mungkin tidak. Lalu apa yg perlu kita lakukan:
  • niat
  • usaha
  • berdoa
  • usaha lagi
insya-allah Allah swt akan membantu kita

Tuesday, October 19, 2010

Suatu Petang





Hobi




ini adalah antara hobi my hubby n aku

SAhaBat

Sahabat yg sejati adalah mereka yg sanggup berada di sisi ketika rakan memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat yg lebih menyeronokkan. Berapa ramaikah diantara kita yg mengaku dirinya SAHABAT YG SEJATI? RaMai..saya rasa diantara kita yg mengaku dirinya sahabat. Tetapi adakah kita sahabat yg sejati atau sahabat utk keseronokkan. Mampukah kita menjadi SaHaBaT yg SeJaTi jika kita hanya berada disisi sewaktu bersukaria tetapi mula MENGELAkKAN diri sewaktu dia didlm kesusahan.

Sunday, October 17, 2010

SEraM

Sedang menanti siaran movie " DRAG ME TO HELL". Aku ni memang suka tengok filem seram. Pantang ade ajer aku akan tunggu meskipun siarannya lewat. W/pun aku suka tgk filem seram bukan bermakna aku ni berani..aku tergolong didalam org2 yg penakut.
Ni aku nk cerita ttg beberapa siri mistik yg pernah berlaku pada diri aku. Siri yg pertama ialah sewaktu aku masih di sekolah rendah lagi. Aku ni memang sejak kecil tidur sorang2 dlm bilik..almaklumlah adik2 aku ramai lelaki so x kan la aku nk kongsi bilik ngan depa. Ada satu hari tu bila aku tidur aku rasa katil aku mcm bergerak2..yg anehnya ia terjadi waktu aku dlm keadaan separa sedar iaitu waktu nk terlelap..bila aku buka mata ajer..x ader apa2 pun..lepas tu tiba2 ajer aku terasa mcm nk jatuh katil n kaki aku mcm dicuit2 org...terus aku x sedap hati..apa lagi aku pun bgtau la kat ayah aku. Aku disuruhnya membaca alfatihah, 3 Qul dan ayat kursi. Alhamdullilah..sejak aku amalkan bacaan itu gangguan pun hilang..
Siri yang kedua terjadi sewaktu aku di M4P ketika menjalani latihan KPLI. Malam tu merupakan malam kebudayaan bagi pelajar Diploma Muzik. So aku ni memang suka tgk konsert atau siaran yg seantara dengannya. Malam tu memang best betul. Terhibur dengan nyanyian n band muzik oleh adik2 . Ada nyanyian, persembahan muzik, sketsa n mcm2 lagi. Yg paling aku suka bila aku tgk ada adik2 yg meniru tarian Kareena Kapoor dan Hitrik Roshan ( Oh My Darling I Love You) dlm filem Mujhe Dosti Karoge ( ejaan tu entah betoi atau tidak). Memang happening..maklum la aku ni peminat filem HINDUSTAN apatah lagi kalu filem di lakonkan oleh Shah Rukh Khan dan Hitrik. Most of all aku suka tgk my ex lecturer Mr Hussein dgn ular2nya..
So malam kebudayaan ni berakhir agak lewat pkol 12tgh mlm..so dlm perjalanan utk balik ke bilik aku singgah le sekejap kt public phone yg berhampiran tuk call husband aku..saja nk bertanya kabar sbb hpon aku waktu tu x ade kredit.. public phone tu betul2 terletak dbawah satu pokok yg besar. Waktu tu memang la aku x rasa apa sbb ade ramai pelajar kt situ..
Perkara yg x diingini ni terjadi sewaktu aku nk tidur..mlam tu aku x boleh lelapkan mata. Bila aku nk lelap ajer terasa mcm ade org yg perhatikan aku..seram sejuk jadinya.. Roomate aku dah lama terlelap.. aku cuba juga pejamkan mata n mula nk baca alfatihah...alamak???? aku x leh nk ingat bacaan tu..asyik ulang alhamdullillah...alhamdullilah...lidah aku betul2 kelu nk baca alfatihah..sdngkan selama ni ayat itulah yg aku amalkan sblom tido..
Ni x boleh jadi ni..so aku pun terpaksa la kejutkan roomate aku n ceritakan hal aku kt dia..Thanx to my exroom-mate..Laila n my other fren.. Lyn ..depa dua org ni sanggup berjaga tuk bacakan yassin utk aku sbb aku waktu tu pun dah x reti nk baca yassin meskipun surahnya ada dlm tangan aku...Habih kelu..semua gara2 makhluk yg aku x nampak ni.. Alhamdullilah selesai aje bacaan yassin aku pun boleh lena..so mlm tu aku terpaksa berkongsi katil ngan Lyn sbb dia takut nk balik ke bilik dia..mmm
Makhluk2 ni mmg ade disekeliling kita jadi kita ni kena la selalu beringat dan yg penting sekali alquran jgn dilupa sbb ni ajer penawar utk perkara2 mcm ni,
Ni dok tulis benda2 mcm ni pun wat bulu roma aku berdiri...nasib baik ler mlm ni husband aku x keluar pi jumpa kwn2 dia so berani la sikit..Okay..titik..filem yg aku tunggu dah nk start..

Thursday, October 14, 2010

Demi sebuah CINTA

Semua pasangan yg menDirikan rumahtangga, mengimpikan kehidupan yg sempurna..
Berkasih sayang hingga ke akhir hayat, diberikan Kebahagiaan Dunia dan AKhirat.
Namun tidak semua berjaya mencapai impian itu.

KENAPA?

1. kita tak mampu menampung kelemahan pasangan sendiri. Asyik nk lebihkan diri sendiri shaja
hinggakan kita lupa kekurangan pasangan kita.
2. kita tidak mampu berkongsi..jgn hanya berkongsi kegembiraan..berkongsilah juga
penderitaan.
3.kita x mampu tolong menolong...cth..bila sama2 bekerja..pasangan yg satu lagi x mampu nk
tolong uruskan urusan rumah tangga.
4. Saling percaya...kebykan suami isteri suka meragui pasangannya..bila keraguan mula
timbul maka akan sering bergaduh..
5. Lupa diri..kadang2 pasangan lupa diri seolah2 mereka masih lagi bujang..selalu bergaul
dengan kawan2 seolah2 mereka blom kawin.
6. Tidak ada tolak ansur dlm hubungan
7. Terlalu mendengar fitnah pihak ke3.

Suami ; balaslah rasa dihargai itu dengan kasih sayang dan belas ihsan
Isteri ; Berbahagialah selagi mampu melakukan tanggungjawab sebenar, kalaupun bukan untuk suami, lakukanlah ia kerana Allah swt.

Kalau KITA x Suka

Kenapa la SENSITIF sangat..
Nak hidup bermasyarakat ni x perlu la sensitif..
Memang la apa yg kita buat ni akan menjadi perhatian org..
So kalau kita x suka dengan apa yg org cakap..
Kena la jaga perlakuan kita ye...

Kalau kita tak suka org bercakap ttg kita
KITA jangan la bercakap ttg ORG..
Kalau kita x suka org banding2kan kita...
KITA jgn la suka bandingkan ORG..
Kalau kita x suka org merendah2kan kita
KITA jgnlah memandang rendah org lain
Kalau kita tak suka org mengArahkan kita
KITA jgnlah jadi BOSS plak..

INGAT..
APA Yg kita X suka itulah..
Benda yg selalu kita SUKA buat..
JADI
RENUNG2 LA DIRI KITA

Wednesday, October 13, 2010

wajah baru



JiWang ReTRo

Hadirmu....
memang tidak pernah ku duga..
Tapi..
Percayalah..
aku kan sentiasa menyayangimu,
Meskipun kini tidak bersama,
Kau tetap dihati...

Andainya...
masa itu dapat ku putarkan,
Ingin aku ubahnya semula,
Tapi ku tahu itu mustahil,
Kerna yang sudah berlaku tak mungkin terpadam.

Cuma satu ingin ku katakan...
Maaf seribu kali maaf,
Walaupun ku tahu
itu tidak mampu...
menahan amarahmu..

Tapi percayalah...
kau sebutir INTAN yang begitu bernilai...

Ku berdoa..
andai masa itu tiba..
kau akan menerimanya
dengan pasrah
dan..
jangan kau ulangi ..
KESILAPANKU..






Monday, October 11, 2010

10/10/10

10/10/10 negara dikejutkan dengan satu lagi kemalangan ngeri. Kali ini ia meragut nyawa 12 org. Berlaku di km 223.2 berhampiran susur keluar Tampin.
Betapa mudahnya dengan sekelip mata sahaja, 12 nyawa melayang. Memang kita tidak boleh menghalang. Semuanya kuasa dan kehendak Allah swt.
Tapi sebagai manusia takkan kita tak boleh belajar dari perkara2 yg lepas. Sikap pemandu di Malaysia ni memang x pernah berubah.
Manusia sentiasa nak tunjuk hebat. Pandu laju, langgar lampu merah, lampu signal x reti nk guna dan mcm2 lagi.
Itu baru pemandu kereta, penunggang motosikal pun hebat gak. Mcm2 aksi yg kita tgk. Yg paling biasa sekali helmet. X reti2 nk pakai, kalau pakai pun x reti2 nk ketatkan talinya. Tak sayang nyawa sungguh.
Satu lagi yg aku perhatikan mereka2 ni x tahu nk guna lampu signal. Bila nk tukar lorong atau nk masuk simpang, pakai redah ajer..x reti2 nk bagi signal. Hangin tul...selalu aku tkena ngan manusia jongkos ni..nasib baik ler aku ni pemandu berhemah..hehehe..x pernah lebih 70(betul ker)
Semasa aku masih lagi di USM, aku pernah menyaksikan 2 kemalangan. Yg satu ni ngeri gila..betul2 berlaku didepan mata. Penunggang motorsikal ni aku tgk mmg berhemah..tapi malang x berbau..sbb org yg menyebabkan kemalangan ni mmg kacang hantu.Ade ker patut diparkingnya lori dekat2 ngan lampu isyarat, dikawasan gelap lak tu alamatnya penunggang moto ni terlanggar lori ni lalu terjatuh. Beliau cuba bangun semula tapi disbbkan waktu tu lampu isyarat telah bertukar, terus ajer van merempuh beliau.Beliau meninggal dunia ditempat kejadian.
Satu lagi kemalangan yg aku saksikan ni, patut diambil iktibar 0leh ibu bapa. Ada satu family ni naik moto tapi yg x syoknya, anak dia tu diletakkan dlm raga moto. Dah la tu, helmet x pakai lak. Ditakdirkan waktu tu aku n rakan2 aku sedang ronda2 Penang..jalan tu x ler sesak sgt n kwn aku tu drive slow ajer..moto tu lebih kurang 200 meter kt depan keta kami..tiba2 moto dia tu terlanggar lopak so jatuh ler..pasangan tadi jatuh kt tepi jln tapi anak dia tu terlantar kt tengah jln..nasib baik ler kwn aku tu sempat tekan brek..kalu tidak x tahu ler..So moral of this story..sayangi la nyawa anda dan keluarga anda..
Kt sini aku perhatikan ramai ibubapa yg suka letak anak dia dlm raga moto..BAHAYA tu.. kalu jadi apa2 anak tu yg teruk sekali.

Sunday, October 10, 2010

Kolam yg diUPgradekan


Kolam ni diusahakan oleh my ex 5Lnkp bersama ngan guru lanskapnya..Kini berwajah baru setelah lama lesu..Tapi perlu ada satu benda lagi...IKAN...kalu boleh nk GuPPy..ada sesiapa nk derma ke?. ;-)

MmmmM

Hari ini hari terakhir PMr kt sekolah aku. Alhamdullilah semuanya berjalan lancar. Skrg ni yg takut nk lihat 'resultnya' la.. Harap2 smuanya ok. Gabra tul nk tau keputusan ni..

KEBOSH...

Bukan senang nak puaskan hati semua orang.Kadang2 kita merasakan kita dah buat yang terbaik tapi masih ada yg suka mengkritik. Kritikan itu tidak salah tapi bila kritikan itu seolah2 nak menjatuhkan kita, perlukah kita berdiam diri?
Bagi sesiapa yg suka mengkritik, tidakkah mereka cuba melihat diri sendiri. Adakah mereka itu betul - betul PERFECT.
"Come on" laa.. tiada sorang manusia pun yg sempurna. Mungkin org yg kita kritik tu ada kelebihan yg lain. Mengapa tidak kita katakan kelebihan itu. Jgn asyik nk jatuhkan org lain aje.
Sama2lah kita merenung diri sendiri. Jgn suka menilai kelemahan org lain.

Thursday, October 7, 2010

TANDA-TANDA STRESS

  • otot -otot muka bergerak
  • cakap gagap atau tidak terus
  • menggigit kuku atau bibir
  • mengetuk lantai atau meja dengan tangan atau kaki cara berterusan
  • menggoyangkan kaki
  • jantung berdebar
  • pernafasan cepat
  • sakit perut yg tidak ada kaitan dengan makanan
  • muka merah atau pucat
  • tangan sejauk dan berpeluh (basah)
  • rasa loya dan tidak lalu makan
  • mulut kering
  • rasa takut sesuatu akan terjadi
  • kerongkong rasa tersekat
  • sentiasa menelan air liur
  • tidak boleh tidur atau ada masalah tidur
  • tidak boleh memberi tumpuan
  • selalu pening kepala atau sakit
  • lemah lutut
  • senang panik
  • "Fidgetiness" iaitu suka mengusik org, mrosakkan brg2 atau mdera binatang
  • senang lupa
  • cirit birit yg tidak ada kena mengena dgn mkanan
  • kencing mlm
  • mengigau
  • histeria atau menjerit2 tanpa sebab
  • merajuk



KHASIAT NENAS

Nenas mengandungi vitamin, mineral. serat dan enzim yg berguna utk pencernaan dan membantu mengekalkan berat badan yg ideal serta menyeimbangkan khasiat.
Dikatakan nenas mampu membantu pencernaan protein dan mempercepatkan penyembuhan. Ia juga bersifat membersihkan. Enzim bromelain yg ada didlm nenas mampu membersihkan tubuh dan mengimbangkan kadar keasidan dlm darah. Selain dari itu nenas juga mampu mengurangkan pengeluaran asid gastrik yg berlebihan, antiradang, membersihkan jaringan kulit yg mati, mengganggu pertumbuhan sel kanser dan menghalang pembekuan darah.
Minum jus nenas juga mampu mengurangkan luka dan kemerahan dalam tekak sekali gus mengurangkan sakit tekak. Namun begitu, pesakit diabetis perlulah mengelak daripada memakannya .
Petikan : Majalah Wanita

Wednesday, October 6, 2010

PMR

PMR sedang berjalan..dak duk dak....so smpai la result keluar..hati x akan tenang...

Monday, October 4, 2010

suka hati

Sudah lama aku tidak menjengah blog ini. Sebenarnya aku x tahu nak tulis apa.Bosan sesangat. Nk baca buku otak rasa lemau..nk bersembang rasa macam x dak mood..arghhhh

Sunday, April 4, 2010

wanita

aku tertarik dgn tinta pengarang mingguan wanita...seorang isteri yg begitu setia kepada suami..tetapi suami tidak pernah menghargainya..isteri itu sgt sabar menghadapi kerenah suami..tapi suami x pernah berubah. Di takdirkan suatu hari si suami mula sedar akan kesilapannya tapi si isteri pulak telah pun berputus asa..beliau enggan menerima suaminya semula malah minta dilepaskan.Pada pandangan saya, walau sesabar mana pun wanita itu, semua itu ada hadnya.Isteri itu mungkin telah penat bersabar, malah beliau mungkin telah bersedia memulakan hidup baru. Saya menyokong 100% keputusan isteri itu..