Tuesday, March 27, 2012

Demi sebuah cinta

Tertarik dengan ulasan yg diberikan oleh pengarang ini:
Semua pasangan yang mendirikan rumah tangga, mengimpikan kehidupan yang sempurna. Berkasih sayang hingga ke akhir hayat, diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat.
Namun tidak semua berjaya mencapai impian itu. KENAPA? Antara jawapannya adalah kerana kita berbeza.
Perbezaan yang paling nyata, kita wanita, dia lelaki! Dua jenis jantina ini disatukan utk saling lengkap melengkapi. Tetapi sejauh mana kita mampu menyatukan perbezaan itu untuk melahirkan kebahagiaan yang ingin dicipta.
Saling lengkap melengkapi, bukan hanya dalam urusan batin semata-mata, tetapi urusan zahir dan batin. Luar dan dalam! Kita harus menampung kekurangan pasangan dengan kelebihan kita dan kita juga harus bersedia memperbaiki kekurangan kita dengan kelebihan yang Allah berikan kepada pasangan
Apabila telah disatukan dalam sebuah perkahwinan, perkongsian yang sesungguhya adalah menjadi tanggungjawab bersama. Jangan benarkan diri kita hanya mahu berkongsi kegembiraan semata-mata dan membiarkan pasangan menanggung kesusahan seorang diri. Contoh yang paling mudah, sekiranya pasangan suami isteri sama-sama keluar mencari rezeki utk membantu kelancaran ekonomi keluarga, apabila pulang sama-samalah memikul tanggungjawab dalam rumah tangga. Seorang ke dapur dan seorang lagi ke ruang tamu, membetulkan apa yang patut. Malangnya perkara mudah seperti ini pun kadangkala sukar dilaksanakan, kenapa? Kerana sudah menjadi lumrah alam, urusan rumah tangga adalah tanggungjawab wanita dan lelaki suka membuat pekerjaan yang lebih mencabar.
Suami...balaslah rasa dihargai itu dengan kasih sayang dan belas ihsan. Sekiranya, sikap saling perlu memerlukan itu dapat kita tanam dan disepadukan dlm hubungan, pasti kasih sayang itu dapat dinikmati sampai ke ulu hati dan semakin sebati. Duhai isteri, berbahagialah selagi MAMPU melakukan tanggungjawab sebenar, kalaupun bukan untuk suami, lakukanlah ia kerana Allah.
MAMPUKAH KITA?

No comments: