Agak lama aku tidak melakarkan bicara pada blog ini. Masa yg ada terasa sgt singkat. XTVT di tempat kerja mghalang aku untuk melepaskan rindu pada laman ini.
Kali ini ingin aku membawa kalian semua pada satu hobi yang sgt2 aku minati. NOVEL.
Sejak zaman sekolah lagi aku minat minat pada novel ini. Lebih2 lagi novel2 cinta romantis. Karya2 penulis di Malaysia ini byk membawa aku ke alam yg satu lagi. Terbuai rasanya bila membaca novel ini. Seakan-akan akulah watak utama didalamnya. Jika dulu Novel AKU BUDAK SETAN menjadi idola kini karya SITI RUSMIZAH pulak menjadi koleksi.
Novel Pertama:
Sesiapa yg telah membaca novel ini, pasti akan tersentuh dengan perjalanan watak utamanya Nur Aleya dan Syed Azril. " Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak2 saya juga menjadi yatim sebelum masanya.." Berbakul air mata ku tumpah bila membaca novel ini.
Novel Kedua:
Novel ini pun tidak kurang menariknya.
"Sayang,
dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh
bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima
abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya
sebagai isteri abang."
Novel Ketiga:
Kembali mengundang air mata:
Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri.
Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak
bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku
Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat
belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan
keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam
hidupnya.
Novel Keempat:
Masih lagi bersisa air mata:
Khuzairi,
dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama
menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan
sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama
jua menyimpan impian untuk memilikinya.
Kini aku menunggu karyanya yang terbaru:
BILA NAK ADA DIPASARAN NI....X SABARNYA
No comments:
Post a Comment