Wednesday, March 21, 2012

Kejayaan tidak akan datang BERGOLEK

Hari ini pelajar SPM telah mendapat keputusan masing2. Tahniah diucapkan kepada yg berjaya manakala yg tidak berjaya pula, jgn patah semangat. Insya-allah suatu hari nanti akan beroleh kejayaan. Tetapi haruslah berusaha untuk mendapatkannya.
Kejayaan yg anda perolehi itu adalah berkat usaha anda disendiri, dengan bimbingan guru2 dan doa ibubapa anda.
Melihat kepada gelagat2 pelajar aku tadi membuatkan aku teringat zaman persekolahan aku.
Aku bukan tergolong dalam pelajar yang excellent, cuma sedang2 sahaja. Namun dari dahulu lagi aku punya satu tekad. Nk berjaya dalam pelajaran sebab keluarga aku bukanlah tergolong dari kalangan org2 kaya. Ayah seorang petani, mak pula tidak bekerja dan mereka terpaksa menyara kami seramai 7 beradik. Bayangkan bagaimana kedaan kami sewaktu itu. Tapi alhamdullilah kami tidak pernah terpaksa menahan lapar krn ayah akan sentiasa mencari duit utk anak2nya.
 Zaman sekolah aku cukup seronok. Sewaktu sekolah rendah aku sangat suka bersaing dengan kawan2 untuk mendapat tempat pertama di dalam kelas. Alhamdullilah sepanjang aku bersekolah di SKHK aku sentiasa mendapat tempat pertama dan kadang2 tempat kedua terbaik didalam kelas. Mak dan Ayah aku lah yg paling gembira melihat aku naik ke pentas utk menerima hadiah.
Bila aku melangkah ke sekolah menengah pula, pelajaran ku agak merosot. Almaklumlah..zaman remaja ni penuh dgn cabarannya. Macam2 perkara yg menghalang aku utk mendapat tempat pertama. Aku mula kenal CINTA. Tapi waktu itu aku sedar cuma CINTA MONYET saja. Mula berminat dengan abg2 senior, hinggakan pernah bergaduh dengan seorg kakak senior disebabkan Boyprennya rapat dengan aku. MMM lucu sungguh bila diingatkan. Namun pelajaran aku diwaktu itu bukanlah teruk sgt..masih lagi didalam top ten.
Alhamdullilah sewaktu SRP diumumkan...aku adalah diantara pelajar yg terbaik sehingga melayakkan aku untuk berada di tingkatan 4 Sains.
Sewaktu di tingkatan 4 sekali lagi badai CINTA MONYET melanda diriku. Kali ini aku terbabit dengan kawan baikku. Pada mulanya kami hanya berkawan saja, segala masalah yg dia hadapi akan diceritakan kepada aku, tapi kami bukanlah COUPLE kerana masing2 sudah ada pilihan sendiri. Entah macam mana suatu hari dia meluahkan yg dia berasa selesa bila bersamaku. Akhirnya perasaan CINTA M*****  pun berputik. Namun begitu aku jadikan hubungan ini sebagai pendorong untuk berjaya di dalam SPM kerana kami berada dalam satu kelas. Alhamdullilah..bila keputusan diumumkan aku adalah dikalangan pelajar yang mendapat Pangkat 1 pada waktu itu cuma 16 pelajar di sekolah aku yg mendapat pangkat 1.Manakala si dia pula tidak bernasib baik kerana mendapat Pangkat 2. Selepas saja keputusan diumukan, hubungan kami menjadi renggang. Kami tidak bergaduh, tapi entah kenapa masing2 menjauhkan diri. Mungkin inilah yg dinamakan cinta monyet.
Dia terus melanjutkan pelajaran ke ITM, manakala aku ingin mengambil STPM. Sejak itu kami tidak pernah berhubung.
Berada di SMKDSO sekali lagi aku dilamun cinta. Tapi kali hubungan ini berkekalan sehingga si dia menjadi suamiku. Berada di dalam PRA U 1 (6 rendah)..masing2 cuma ingin berkawan saja. Tetapi kawan2 aku sewaktu itu cuba merapatkan hubungan kami akhirnya sewaktu PRAU 2 (6 Atas) barulah kami rapat. Walaupun begitu aku tidak pernah melupakan cita2 ku, iaitu ingin berjaya di dalam pelajaran. Alhamdullilah akhirnya dengan keputusan STPM itu telah melayakkan aku untuk berada di USM.
Perasaan sewaktu menjejakkan kaki di USM tidak dapat kugambarkan. Akhirnya cita2 aku semakin hampir dicapai. Aku juga berjaya mendapat kursus yg aku minati KEWARTAWANAN. Aku mula belajar cara2 menemuramah responden, menulis berita dan rencana, mengambil gambar dan membuat layout akhbar dan majalah. Masih lagi aku teringat, sewaktu final year aku dan rakan2 ku bertungkus lumus menyiapkan BERITA KAMPUS sehingga awal pagi, kadang2 kami bermalam di makmal berita. SERONOKNYA aku pada waktu itu. Malah aku pernah membuat latihan praktikal di RTM. Akhirnya aku berjaya mendapat IJAZAH SARJANA MUDA KOMUNIKASI dengan kepujian. SYUKUR ALHAMDULILLAH.
Apa yg ingin aku tekankan di sini, kejayaan akan sentiasa menjadi milik kita jika kita sentiasa berusaha utk mendapatkannya.

2 comments:

Rossnie said...

bestnyaa baca cita kak aisyah..lama tak menegur2 d cni :)

ina said...

tq cik Roshnie...hehehe..saja mengimbau zaman muda