Saturday, April 23, 2016

Bila tengah bosan

Berada di tempat baru memberi satu pengalaman yang berbeza buatku. Keseronokkan disini tidak sama seperti ditempat lama. Namun aku cuba menyesuaikan diri. Memang aku lambat panas tapi aku akan cuba fit in.
Banyak juga tugasan baru yang perlu dibereskan disini..but i like it...some how it will make me forgot about my problems.
Aku tidak ingin terbawa oleh kenangan lalu...akan ku cuba untuk melupakan semuanya.

Wednesday, November 11, 2015

Rintihan hati

Seharusnya semua sudah selesai tetapi masih ada halangan yang perlu aku tempuhi. Biarpun nampak remeh..tapi akan ku cuba atasinya.
 Sepanjang masa ini aku rasa cukup tenang biarpun sesekali kenangan datang mengusik. Namun aku perlu bertabah dan kuat. Bermacam yang bermain difikiran tetapi aku yakin perancangan Allah cukup elok. Ada sinar yang menanti di sana namun bukan senang untuk sampai di sana. Aku tidak harus mengalah.
  Cuma aku benar benar berharap semua ini akan berakhir dengan baik. Ada permata yang perlu ku jaga dan gilap.

Friday, June 12, 2015

Ego itu pentingkah?

Sikap mementingkan diri sendiri memang payah nak dibuang. Bila ego besar dan keras kepala memang susah nak ditegur. Apa yang ditegur tak mahu didengar. Yang dia tahu nak tuding salah orang lain. Mana boleh macam tu. SEtiap apa yang berlaku mesti ada sebabnya. Cuba fikir2kan..duduk diam2 cuba selami kekurangan diri..cuba tgk kelemahan sendiri kalau rasa diri itu sempurna mmg susah la..
Mana ada manusia itu sempurna. Jika hendak hidup dengan tenang..belajar untuk menerima kesalahan diri sendiri dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Ingat..ada lagi yang lebih merana dari kita..
Bila dah temui kesalahan dan kelemahan diri..belajar untuk memperbaikinya..jika tak semuanya pun..sikit2 pun okay. At least ada improvement..baru org sekeliling akan sedar.

Wednesday, May 6, 2015

Sampai Bila.

Hati , sampai bilakah harus bertahan. Teman rapat ada yang bertanya sampai bila? Entah..terus terang aku katakan aku tidak ada jawapan itu. Kalaulah semudah itu..sudah lama aku bawa diri. Tapi terlalu sukar bukan sebab dia tetapi permata hatiku.Kini hidup bahagia aku hanya lah pada permata hatiku.
Aku tak ingin dia tersepit diantara dua. Doa sentiasa aku pohonkan. Tapi andai ini kehidupan aku. Aku pasrah.Jika tidak..aku harap semuanya dipermudahkan.
Terlalu banyak aku berkorban andai itu tidak dihargai entahlah..
Bodoh...ya memang aku bodoh..tapi apa yang aku rasa kini memang kosong, tawar belaka.
Berdosa..memang banyak dosa yang aku lakukan tapi aku berharap Allah akan ampunkan aku suatu hari nanti..Aku memang insan yang lemah dalam segalanya. Namun aku akan cuba kuatkan diriku hanya untuk permata hatiku.

Monday, May 4, 2015

Rapuh



detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidupku

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu


It's your choice

Perjalanan hidup kita memang aneh. Kadang-kadang apa yg kita rancang tak pernah menjadi. Yang tidak dirancang pula menjadi yang terbaik untuk kita. Kalaulah kita di beri pilihan untuk kembali ke masa lalu mahu kah kita mengubah apa yang telah kita lakukan dulu?
Jika difikir secara terburu-buru mungkin kebanyakan dari kita akan memilih untuk kembali ke masa lalu dan mengubahnya. Tapi sedarkah kita..jika kita mengubahnya kita akan kehilangan apa yang kita ada kini. Mungkin bukan semua yg kita ada kini adalah yg paling berharga..tapi pastikah kita ianya benar2 tidak berharga?
Aturan Allah itu cukup jelas..Dia tahu apa yang lebih terbaik untuk kita. Tidak semestinya kita akan mendapat semuanya baik..Kadang2 ada busuknya. Yang lalu jadikan sebagai memori yang terindah dalam mematangkan kita. Hargai apa yang kita ada kini. Jika ianya tidak sesuai...ikutlah jalan lain yang sememang telah tersedia untuk kita. Pintu sentiasa terbuka. Pilihan ada di tangan sendiri.

Saturday, April 4, 2015

Hukuman Pada Pesona

Bila dikenang kisah silam kadang2 terasa ingin kembali ke zaman dahulu untuk membetulkan kesilapan dulu. Namun semua itu mustahil, apa yang berlaku akan tetap berlaku. Kesilapan dululah yang membentuk diriku sekarang.
 Manis atau pahit kenangan lalu memang benar2 mendewasakan aku. Mengenali insan2 yang pernah berkongsi rasa akan tetap terpahat disanubari ini. Insan2 sekeliling saya ini lah mengajar saya mengenal watak2 manusia yang ada disekeliling saya. Terima kasih kepada semua yang memainkan peranan penting dalam hidup ini.



Saturday, February 7, 2015

BIla Hati Berbicara

Tak lama dah. Cuma beberapa hari lagi. Mengenalinya hampir 20 tahun. Berkawan, bercinta akhirnya berkahwin. Bukan sekejap aku kenal dia. Bermula dari kawan, diusik kawan2 akhirnya bertemu jodoh.
Susah senang bersama...dah tahu sikap masing2. Baru2 kawin dulu mmg kami diajar hidup susah. Maklum la, berkahwin masa baru habih belajar..ekonomi pun x kukuh lagi.
Sgt2 bersyukur dan berterima ksih pada kedua2 org tua kami yg membentuk kami sekrg. Alfatihah buat arwah ayah dan arwah ayah mertua.
Gelombang rumah tangga mmg ada pada setiap pasangan, yg penting kita kena pandai menghadapinya. Kadang2 bila kita ada masalah, cepat benar orang luar yg menunding jari. Macam2 cerita yg ditaburkan. tapi sbg pasangan, kita sendiri lebih tahu apa yg terjadi. Yg penting sabar. Tp kadang2 kesabaran ada hadnya so yg tinggal skrg kita kena renung mana yg lebih penting.Sentiasa berserah dan berdoa kepada Allah semoga semuanya dipermudahkan.

Monday, December 29, 2014

Ikut resam padi

Susah sangat ka nak faham? Hidup ini bukan selamanya di atas. Kadang2 kita akan terduduk di bawah. Jadi buat apa kita menongkat langit, cuba ler tengok bawah sama. Cuba2 la bersyukur sikit dengan nikmat yang ada ini. Jangan asyik mengeluh ajer. Hidup ini bukannya lama, jd sementara diberi kesempatan ini lebih baik kita memperbaiki diri sendiri dari menunding salah orang lain. Peringatan untuk Diri Sendiri

Friday, December 26, 2014

TUNDUK MENGALAH

Aku layarkan perkhabaran
Buatmu yang pernah kusayang
Bukan maksud hati mengulangi
Segala yang telah pun berlalu pergi
Bagiku yang sudah biarlah

Pergiku tunduk mengalah
Biarkan semalam menjadi sejarah
Yang manis kukenang berpanjangan
Pahit tak perlu usah disimpan
Biarkan berlalu, Impianku
Karam hanyut dibawa arus waktu

Oh… engkau yang tak pernah tahu
Betapa lukanya hatiku, diatas sikapmu dahulu
Membuatkan aku seperti tak wujud di sisi
Oh… engkau tak pernah hargai
Susah payah kutempuhi
Pengorbanan demi pengorbanan terbakar sendirian
Ku umpama dian menyinari malam… kegelapan

Lalu ku undurkan diri kerna tak sanggup lagi
Melihat dirimu kasih telah ditawan oleh insan lain
Hingga kurasakan tersisih
Bukan kumenaruh dendam hiba atas segala duka dan lara
Malah kupercaya semua ini

Mungkin ada rahmat yang tersendiri

Wednesday, December 24, 2014

Dipenjara Janji

Hatiku digirisnya lagi
Kali ini lebih dalam dan pedih
Kerna aku sudah berjanji
Dia cinta ku yang terakhir

Sungguh tak pernah ku menduga
Dia akan mengulanginya semula
Namun untuk menodai cinta
Dan membiarkan aku sengsara

Dia tempat ku sandar
Angan ku pendamkan
Satu percintaan
Yang bisa ku jadikan
Tangga-tangga ku ke pintu syurga
Meleraikan rindu

Mengecap bahagia
Yang kerap dimadah
Insan yang murni
Yang dah rasakan cinta
Yang aku... mimpi


KOMA...MASIH ADA SAMBUNGANNYA

Tergamam. Kelu...tak tau nak cakap apa. Biarlah...Aku mmg jenis yg tak reti nak luahkan rasa. Lebih suka memendam rasa. Biarpun pedih namun aku masih menelannya.
Kadang2 apa yg kita luahkan akan melukakan hati orang lain. Kadang2 kita akan dianggap mengada-ngada. Mak dan arwah ayah aku tidak pernah mengajar aku untuk menyakiti hati orang lain. Biarlah apa yg orang buat kat kita..Insyaallah suatu hari nanti kita kan gembira diatas kesedihan ini.
Sabar. Ya...mmg aku sedang bersabar. Rasa yg aku rasa sekarang sudah tiada apa2. Diletak gula..tiada manisnya..diletak garam..tiada masinnya..diletak asam tiada masamnya.

hati ini sedih lagi

Sudah lama tidak mencoret rasa. Bukan tak mahu tapi kekangan masa dan idea membuatkan aku menyepi seketika. Hari ini aku menerima satu lagi perkhabaran sedih. Bapa saudaraku telah kembali mengadap penciptanya hari ini. Alfatihah buat Khalid b Harun. Arwah yang aku kenal memang mudah mesra dengan sesiapa saja apatah lagi dengan anak2 buahnya. Seorang yang baik dan tidak lokek memberikan bantuan jika memerlukannya. Sejak arwah ayah meninggal mmg dialah yang menjadi tempat curahan kasih sebab rupa arwah tidak jauh beza ngan arwah ayah.
Dikalangan adik beradiknya, beliaulah yg sering keluar masuk hospital, tapi Allah sentiasa memanjangkan usianya. Rupa2nya hari ini dia ingin mengikut jejak arwah adik adiknya. Aku sedikit terkilan sbb tiada disisi sewaktu beliau meninggal. Sama juga dengan arwah ayah dulu, aku tidak sempat berbakti menjaganya waktu sakit. Kehilangan bapa saudara ku ini adalah sewaktu aku ingin pulang ke tempat kerja. Patut lah berat sgt hati ini nak balik...Kini tiada lagi gurau senda diantara kami. Hanya anak2 penyambung silaturahim.

Monday, July 21, 2014

AYAH

Raya akan menyusul tidak lama lagi. Tahun ni hari raya tidak akan sama seperti yang lain. Tahun ini tidak dapat lagi mencium tangan ayah. Kehilangan ayah masih terasa. Masih ku igt...pada bulan syawal yang lalunya ayah telah pergi meninggalkan kami semua. YA ALLAH...KAU ampunilah segala dosa ayahku, Kau luaskanlah kubur ayahku, Kau terangkanlah kuburnya, Kau jauhkanlah dia dari siksaan kubur dan Kau tempatkanlah dia dikalangan orang-orang yang beriman.
Ayah...
Semasa ayah hidup...aku tahu aku sukar menunjukkan betapa aku sayang padanya. Ini kerana sikap ayah yang pendiam membuatkan aku tidak berani nak cakap berlebih-lebih dengannya. Jika dia marah, dia hanya akan mendiamkan diri. Ayah tidak pernah bersuara lantang dengan kami semua. Ini membuatkan kami lebih hormatkan beliau sehinggakan nak minta duit sekolah pun kami tak berani. Selalunya kami akan meminta duit belanja dari mak walhal duit itu sebenarnya dari ayah.
Sewaktu aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke USM., aku tahu ayah berasa susah hati. Pendapatan sebagai petani mana mungkin dapat membiayai pelajaranku di USM, tetapi ayah tetap berusaha untuk meminta hutang dari tokeynya bagi membolehkan aku meneruskan pelajaranku. Sesungguhnya aku amat berterima kasih kepada ayah.
Bila aku sudah bekerja, ayah tidak pernah meminta duit belanja dariku. Kadang-kadang bila aku memberi duit belanja kepadanya ayah akan bertanya duit itu untuk apa.
Ayah...sesungguhnya kami benar-benar rindu sebab pemergianmu secara mengejut. Ayah tidak pernah sakit teruk.
Hari raya yang lalu...ayah telah menunjukkan perubahannya, tapi kami tidak menyedarinya. Sewaktu sesi bersalaman, ayah telah memeluk adik lelakiku dgn erat dan dia juga menitiskan air mata padahal sebelum2 ini ayah tidak pernah berkelakuan sedemikian. Ayah juga sanggup mengikut kami pergi beraya sehingga ke malam hari sedangkan itu bukan kebiasaannya. Ayah tidak pernah mau ikut dan dia lebih selesa berada dirumah. Rupa2nya itu merupakan satu petanda yang beliau akan pergi.
Ayah...sesungguhnya kehilangan mu benar2 dirasai.
ALFATIHAH

Friday, February 14, 2014

SAHABAT LAMA

 seronoknya bila boleh berhubung kembali ngan sahabat2 lama. teman diwaktu persekolahan dulu...hampir 20 tahun x jumpa...alhamdulllah kini kembali berhubung dgn wasapp dan facebook. miss you all wpun ada diantara kalian yg aku mmg dah completely lost...dah x igt hgpa semua...tapi kalau ada gambar insyaallah akan igt kembali.. PEACE

Tuesday, December 24, 2013

2014

Tahun baru bakal menjelma. Alangkah singkatnya masa sekarang. Terasa baru di pertengahan 2013 rupa2nya sudah penghujung tahun.
Masih banyak lagi perkara yang belum dicapai tahun lalu dan aku berharap dalam tahun baru ini aku akan berjaya memenuhi semuanya.
Tahun Baru ini aku MASIH lagi bekerja di tempat lama kerana permohonan aku untuk bertukar tidak berjaya. Moga2 tahun ini akan memberi sinar baru dalam kehidupan ini. Insya allah.
Tiada kata yang dapat ku gambarkan. Tahun lalu banyak menyedarkan aku tentang betapa sukarnya kehidupan ini jika kita alpa. Seharusnya kita hendaklah bersyukur dengan nikmatnya dan bersabar dngan segala halangan yang harus ditempuhi. Insya allah, tahun ini aku akan cuba mengubahnya.

Tuesday, October 8, 2013

Ayah

Sudah lama rasanya tidak mencoretkan rasa di sini.Hampir2 setahun kalau tak silap. Sepanjang waktu itu pelbagai peristiwa manis dan pahit yang berlaku.
Namun yang paling pahit adalah kehilangan ayah tercinta pada 30/8/2013. Ayah pergi secara mengejut. Ini merupakan tamparan hebat buat kami semua. Ayah tidak pernah sakit teruk. Seingat saya ayah pernah demam teruk sewaktu saya tingkatan 1. Selepas itu ayah sihat walafiat.
Ayah seperti yang saya kenali seorang yang tidak bercakap banyak. Tidak pernah memarahi anak2nya. Tapi itu sudah cukup utk aku berasa takut ngan ayah. Sifatnya yang diam membuatkan aku tak berani nak melawak ngan ayah. Biasanya aku cuma bercakap perkara yang penting2 ajer ngan ayah. Minta duit belanja sekolah pun aku minta kat emak. tapi aku tahu duit itu pun datang dari ayah.
Ayah juga menjadi tempat rujukan utk sesetengah penduduk kampung kami. Ayah menjadi pakar rujuk untuk membuat rumah, bendang dan kadang kala untuk mengubati org yg sakit. Mungkin ini adalah kelebihan yg diberikan oleh Allah s.w.t. kepada ayah. Dan ini menyebabkan ayah disenangi oleh ramai orang.
Raya tahun ini aku sudah nampak perubahan ayah. Sewaktu sesi bermaafan. ayah aku telah memeluk erat adik2 lelakiku. Waktu itu hati ini telah terdetik tapi aku endahkan sahaja. Maklumlah ayah aku sihat walafiat.
Panggilan telefon dari emak pada pkol 1.00 tghari 30.8.2013 membuatkan hatiku berdebar. Emak mengatakan ayah pening dan jatuh di masjid semasa solat jumaat. Aku pun cepat2 mengemskan pakaian. Tidak berapa lama kemudian sepupu aku pula yang telefon. Pada waktu itulah aku baru tahu bahawa ayah telah pun tiada. Perasaan itu tidak dapat aku gambarkan. Sedih sgt2...ayah yg sangat kami kasihi telah pergi meninggalkan kami semua.
Namun bila diingatkan ayah pergi di hari Jumaat, didlm masjid dan baru selesai solat sunat aku berasa sgt bersyukur. Ayah tak pernah nak menyusahkan kami semua. Hingga akhir hayatnya pun dia tidak mahu menyusahkan kami untuk menjaganya.
Ayah sewaktu ayah hidup saya jarang menyatakan sayang tapi itulah sifat saya. Sayang saya hanya mampu dizahirkan dari perbuatan. Sesungguhnya saya benar2 sayangkan ayah. Dan kini saya benar2 merindui ayah. Semoga ayah tenang disana. YA ALLAH, aku mohon kepadamu KAU tempatkanlah ayah ku dikalangan orang2 yang beriman. KAU ampunilah segala dosa-dosanya. Sesungguhnya AYAH adalah insan terbaik yang pernah hadir di dalam hidup kami semua.

Sunday, October 7, 2012

OME

Exam datang lagi. Now it's PMR. Harap2 pelajar2 kt my skool dah sedia. Tahun ini aku dengan galaknya telah berjaya menjadi pengawas PMR setelah hampir 6 tahun aku meletak jawatan pengawas ini. Kali terakhir aku menjadi pengawas adalah semasa aku masih baru lagi didlm bidang teaching ini. Dah lupa cara2 nak mengawas, nak memberi arahan dan nak mengikat kertas ini. Huhuhu kena banyak wat review n tanya org2 yang lebih mahir ni. Kenapa aku galak sgt nk jadi pengawa ni?
 Jawapannya : SAJA GATAI...ALMAKLUM LER DIS YEAR I GOT NOT SO GOOD CLASSES.. YG SEDANG2 AJER..SO BOLEH LAR AKU TINGGALKAN SEKEJAP MEREKA INI UTK MERELAXKAN MIND AKU YG TENGAH SERABUT NI..
 Hehehe..apa jenis Tok Guru lar aku ini. Org lain sibuk nk memantapkan anak buah mereka. Aku pulak nak tinggalkan ajer. Bukan niat di hati nak tinggalkan mereka tapi kadang2 aku rasa aku dah give up utk membuatkan mereka interested in this so susah language. Once they dont undersand it, they will shut down. Tak nak usaha langsung. Dictionary tu, kalau ada kt meja cuma sbg hiasan ajer.
Tahap malas itu susah nak hilangkan.
WHAT SHOULD I DO?

Thursday, September 20, 2012

Kosong

Alhamdullillah. Akhirnya dapat juga rumah sewa yang selesa. Tiada lagi paip yang bocor. Kalau kt kuarters dulu, macam-macam hal yang berlaku. Bil pulak mahal. tapi orang2 besar macam buat tak tahu ajer. Sabar ajer lah.
Dah hampir sebulan aku berda di rumah sewa baru ini. Buat masa sekarang aku bersa cukup selesa. My hubby pulak sibuk nak beli rumah kat sini. aku agak keberatan. Tengok lar..bila gaji baru dah dapat insya-allah aku akan cari rumah baru lagi. Doa2 kan lah.

Tuesday, August 14, 2012

SELAMAT HARI RAYA

Raya datang lagi...yahoo...Seronoknya nak balik kampung. Tiket feri pun belum dibeli lagi. Harap2 esok masih ada kosong. Mood nak kerja pun dah menurun...mood nak balik kampung ajer yg ader sekarang.
SELAMAT HARI RAYA SEMUA..MAAF JIKA ADE TERKASAR BAHASA DAN TINGKAH LAKU