Sudah lama tidak mencoret rasa. Bukan tak mahu tapi kekangan masa dan idea membuatkan aku menyepi seketika. Hari ini aku menerima satu lagi perkhabaran sedih. Bapa saudaraku telah kembali mengadap penciptanya hari ini. Alfatihah buat Khalid b Harun. Arwah yang aku kenal memang mudah mesra dengan sesiapa saja apatah lagi dengan anak2 buahnya. Seorang yang baik dan tidak lokek memberikan bantuan jika memerlukannya. Sejak arwah ayah meninggal mmg dialah yang menjadi tempat curahan kasih sebab rupa arwah tidak jauh beza ngan arwah ayah.
Dikalangan adik beradiknya, beliaulah yg sering keluar masuk hospital, tapi Allah sentiasa memanjangkan usianya. Rupa2nya hari ini dia ingin mengikut jejak arwah adik adiknya. Aku sedikit terkilan sbb tiada disisi sewaktu beliau meninggal. Sama juga dengan arwah ayah dulu, aku tidak sempat berbakti menjaganya waktu sakit. Kehilangan bapa saudara ku ini adalah sewaktu aku ingin pulang ke tempat kerja. Patut lah berat sgt hati ini nak balik...Kini tiada lagi gurau senda diantara kami. Hanya anak2 penyambung silaturahim.
No comments:
Post a Comment