Wednesday, September 26, 2007

USM DLM KENANGAN

My beloved friends, ITA, JUN,JEM and JUNE.. Aku rindukan kenangan sewaktu di USM. 1996 kita dipertemukan di Desa Damai dan paling syok sekali kita semua satu course. Sewaktu di Penang segala suka duka kita harungi bersama. Pelbagai kenangan indah yang kita alami. Zaman itu pasti tak akan berulang. Pernah kita tak dapat balik beraya aildil adha.Peritnya terpaksa beraya di dorm aje. Tanpa disangka mak Jun menghantar juadah hari raya.. Thanks Jun. Dapat juga rasa kuih raya dan laksa..Gambar masa kt USM masih kukuh dalam album..Kini masing-masing telah terpisah. Aku di Pulau Lagenda, Jun di Penang, Jem dan June di KL manakala Ita lak di Johor. Jarak yang jauh memisahkan kita. Namun aku amat berharap agar persahabatan kita tidak akan putus. Satu hari nanti kita semua pasti akan bertemu jua tapi kali ini bersama keluarga masing-masing...MISS YOU

Permata Ibu

Semalam aku berbual dengan anak aku... Aku bertanya padanya"Apit. Bila ibu dah tua nanti Apit jaga ibu ya?" Nak tahu apa jawapan anak aku."Ya. tapi bila Apit tua nanti ibu lak yang jaga Apit." Mendengar jawapan itu aku terus ketawa lalu aku pun menerangkan padanya bila Apit dah tua nanti ibu dah tak ada kat dunia ni.Lepas tu dia kata nanti sapa nak jaga Apit. Aku bagitau dia yang dia akan kawin dan ada anak sendiri dan anak dia yang akan jaga. Sekali lagi jawapan yang melucukan dari Apit."Apit mana ada bini nanti ibu lahirkan bini untuk Apit ya!" Aku ketawa lagi. Rupa-rupanya anak aku ni belum faham konsep...Apit...Apit kaulah penyeri hidup ibu...

Tuesday, September 25, 2007

Khas untuk anak muridku..

Saya cuma nak ucapkan selamat menempuh hari-hari peperiksaan. PMR, SPM dan STPM. Buat yang terbaik dan ingatlah harapan ayah dan ibu...

Nostalgia Ramadhan

Ramadhan tiba lagi...Diwaktu ini berlumba-lumbalah umat Islam untuk melakukan ibadat. Puasa di siang hari dan malamnya berterawih. Waktu ini aku teringatkan zaman aku kanak-kanak dulu. Aku dibesarkan dikampung jadi suasana ramadhan ini cukup terasa.Bila petang aje akan ada saja jiran-jiran yang menghulurkan juadah. Seronok sungguh waktu itu.Juadah yang paling aku suka adalah cucur udang dan bubur lambuk. Kadang-kadang aku akan makan terlebih. Akibatnya aku malas nak tolong mak basuh pinggan.Tapi itu dulu...bila dah dewasa ni suasana tu tak terasa lagi. Aku sibuk bekerja jadi tak sempat nak memasak. Bila difikirkan balik, aku rasakan ingin kembali kezaman kanak2.