Wednesday, November 11, 2015

Rintihan hati

Seharusnya semua sudah selesai tetapi masih ada halangan yang perlu aku tempuhi. Biarpun nampak remeh..tapi akan ku cuba atasinya.
 Sepanjang masa ini aku rasa cukup tenang biarpun sesekali kenangan datang mengusik. Namun aku perlu bertabah dan kuat. Bermacam yang bermain difikiran tetapi aku yakin perancangan Allah cukup elok. Ada sinar yang menanti di sana namun bukan senang untuk sampai di sana. Aku tidak harus mengalah.
  Cuma aku benar benar berharap semua ini akan berakhir dengan baik. Ada permata yang perlu ku jaga dan gilap.

Friday, June 12, 2015

Ego itu pentingkah?

Sikap mementingkan diri sendiri memang payah nak dibuang. Bila ego besar dan keras kepala memang susah nak ditegur. Apa yang ditegur tak mahu didengar. Yang dia tahu nak tuding salah orang lain. Mana boleh macam tu. SEtiap apa yang berlaku mesti ada sebabnya. Cuba fikir2kan..duduk diam2 cuba selami kekurangan diri..cuba tgk kelemahan sendiri kalau rasa diri itu sempurna mmg susah la..
Mana ada manusia itu sempurna. Jika hendak hidup dengan tenang..belajar untuk menerima kesalahan diri sendiri dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Ingat..ada lagi yang lebih merana dari kita..
Bila dah temui kesalahan dan kelemahan diri..belajar untuk memperbaikinya..jika tak semuanya pun..sikit2 pun okay. At least ada improvement..baru org sekeliling akan sedar.

Wednesday, May 6, 2015

Sampai Bila.

Hati , sampai bilakah harus bertahan. Teman rapat ada yang bertanya sampai bila? Entah..terus terang aku katakan aku tidak ada jawapan itu. Kalaulah semudah itu..sudah lama aku bawa diri. Tapi terlalu sukar bukan sebab dia tetapi permata hatiku.Kini hidup bahagia aku hanya lah pada permata hatiku.
Aku tak ingin dia tersepit diantara dua. Doa sentiasa aku pohonkan. Tapi andai ini kehidupan aku. Aku pasrah.Jika tidak..aku harap semuanya dipermudahkan.
Terlalu banyak aku berkorban andai itu tidak dihargai entahlah..
Bodoh...ya memang aku bodoh..tapi apa yang aku rasa kini memang kosong, tawar belaka.
Berdosa..memang banyak dosa yang aku lakukan tapi aku berharap Allah akan ampunkan aku suatu hari nanti..Aku memang insan yang lemah dalam segalanya. Namun aku akan cuba kuatkan diriku hanya untuk permata hatiku.

Monday, May 4, 2015

Rapuh



detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidupku

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu


It's your choice

Perjalanan hidup kita memang aneh. Kadang-kadang apa yg kita rancang tak pernah menjadi. Yang tidak dirancang pula menjadi yang terbaik untuk kita. Kalaulah kita di beri pilihan untuk kembali ke masa lalu mahu kah kita mengubah apa yang telah kita lakukan dulu?
Jika difikir secara terburu-buru mungkin kebanyakan dari kita akan memilih untuk kembali ke masa lalu dan mengubahnya. Tapi sedarkah kita..jika kita mengubahnya kita akan kehilangan apa yang kita ada kini. Mungkin bukan semua yg kita ada kini adalah yg paling berharga..tapi pastikah kita ianya benar2 tidak berharga?
Aturan Allah itu cukup jelas..Dia tahu apa yang lebih terbaik untuk kita. Tidak semestinya kita akan mendapat semuanya baik..Kadang2 ada busuknya. Yang lalu jadikan sebagai memori yang terindah dalam mematangkan kita. Hargai apa yang kita ada kini. Jika ianya tidak sesuai...ikutlah jalan lain yang sememang telah tersedia untuk kita. Pintu sentiasa terbuka. Pilihan ada di tangan sendiri.

Saturday, April 4, 2015

Hukuman Pada Pesona

Bila dikenang kisah silam kadang2 terasa ingin kembali ke zaman dahulu untuk membetulkan kesilapan dulu. Namun semua itu mustahil, apa yang berlaku akan tetap berlaku. Kesilapan dululah yang membentuk diriku sekarang.
 Manis atau pahit kenangan lalu memang benar2 mendewasakan aku. Mengenali insan2 yang pernah berkongsi rasa akan tetap terpahat disanubari ini. Insan2 sekeliling saya ini lah mengajar saya mengenal watak2 manusia yang ada disekeliling saya. Terima kasih kepada semua yang memainkan peranan penting dalam hidup ini.



Saturday, February 7, 2015

BIla Hati Berbicara

Tak lama dah. Cuma beberapa hari lagi. Mengenalinya hampir 20 tahun. Berkawan, bercinta akhirnya berkahwin. Bukan sekejap aku kenal dia. Bermula dari kawan, diusik kawan2 akhirnya bertemu jodoh.
Susah senang bersama...dah tahu sikap masing2. Baru2 kawin dulu mmg kami diajar hidup susah. Maklum la, berkahwin masa baru habih belajar..ekonomi pun x kukuh lagi.
Sgt2 bersyukur dan berterima ksih pada kedua2 org tua kami yg membentuk kami sekrg. Alfatihah buat arwah ayah dan arwah ayah mertua.
Gelombang rumah tangga mmg ada pada setiap pasangan, yg penting kita kena pandai menghadapinya. Kadang2 bila kita ada masalah, cepat benar orang luar yg menunding jari. Macam2 cerita yg ditaburkan. tapi sbg pasangan, kita sendiri lebih tahu apa yg terjadi. Yg penting sabar. Tp kadang2 kesabaran ada hadnya so yg tinggal skrg kita kena renung mana yg lebih penting.Sentiasa berserah dan berdoa kepada Allah semoga semuanya dipermudahkan.