Monday, December 29, 2014

Ikut resam padi

Susah sangat ka nak faham? Hidup ini bukan selamanya di atas. Kadang2 kita akan terduduk di bawah. Jadi buat apa kita menongkat langit, cuba ler tengok bawah sama. Cuba2 la bersyukur sikit dengan nikmat yang ada ini. Jangan asyik mengeluh ajer. Hidup ini bukannya lama, jd sementara diberi kesempatan ini lebih baik kita memperbaiki diri sendiri dari menunding salah orang lain. Peringatan untuk Diri Sendiri

Friday, December 26, 2014

TUNDUK MENGALAH

Aku layarkan perkhabaran
Buatmu yang pernah kusayang
Bukan maksud hati mengulangi
Segala yang telah pun berlalu pergi
Bagiku yang sudah biarlah

Pergiku tunduk mengalah
Biarkan semalam menjadi sejarah
Yang manis kukenang berpanjangan
Pahit tak perlu usah disimpan
Biarkan berlalu, Impianku
Karam hanyut dibawa arus waktu

Oh… engkau yang tak pernah tahu
Betapa lukanya hatiku, diatas sikapmu dahulu
Membuatkan aku seperti tak wujud di sisi
Oh… engkau tak pernah hargai
Susah payah kutempuhi
Pengorbanan demi pengorbanan terbakar sendirian
Ku umpama dian menyinari malam… kegelapan

Lalu ku undurkan diri kerna tak sanggup lagi
Melihat dirimu kasih telah ditawan oleh insan lain
Hingga kurasakan tersisih
Bukan kumenaruh dendam hiba atas segala duka dan lara
Malah kupercaya semua ini

Mungkin ada rahmat yang tersendiri

Wednesday, December 24, 2014

Dipenjara Janji

Hatiku digirisnya lagi
Kali ini lebih dalam dan pedih
Kerna aku sudah berjanji
Dia cinta ku yang terakhir

Sungguh tak pernah ku menduga
Dia akan mengulanginya semula
Namun untuk menodai cinta
Dan membiarkan aku sengsara

Dia tempat ku sandar
Angan ku pendamkan
Satu percintaan
Yang bisa ku jadikan
Tangga-tangga ku ke pintu syurga
Meleraikan rindu

Mengecap bahagia
Yang kerap dimadah
Insan yang murni
Yang dah rasakan cinta
Yang aku... mimpi


KOMA...MASIH ADA SAMBUNGANNYA

Tergamam. Kelu...tak tau nak cakap apa. Biarlah...Aku mmg jenis yg tak reti nak luahkan rasa. Lebih suka memendam rasa. Biarpun pedih namun aku masih menelannya.
Kadang2 apa yg kita luahkan akan melukakan hati orang lain. Kadang2 kita akan dianggap mengada-ngada. Mak dan arwah ayah aku tidak pernah mengajar aku untuk menyakiti hati orang lain. Biarlah apa yg orang buat kat kita..Insyaallah suatu hari nanti kita kan gembira diatas kesedihan ini.
Sabar. Ya...mmg aku sedang bersabar. Rasa yg aku rasa sekarang sudah tiada apa2. Diletak gula..tiada manisnya..diletak garam..tiada masinnya..diletak asam tiada masamnya.

hati ini sedih lagi

Sudah lama tidak mencoret rasa. Bukan tak mahu tapi kekangan masa dan idea membuatkan aku menyepi seketika. Hari ini aku menerima satu lagi perkhabaran sedih. Bapa saudaraku telah kembali mengadap penciptanya hari ini. Alfatihah buat Khalid b Harun. Arwah yang aku kenal memang mudah mesra dengan sesiapa saja apatah lagi dengan anak2 buahnya. Seorang yang baik dan tidak lokek memberikan bantuan jika memerlukannya. Sejak arwah ayah meninggal mmg dialah yang menjadi tempat curahan kasih sebab rupa arwah tidak jauh beza ngan arwah ayah.
Dikalangan adik beradiknya, beliaulah yg sering keluar masuk hospital, tapi Allah sentiasa memanjangkan usianya. Rupa2nya hari ini dia ingin mengikut jejak arwah adik adiknya. Aku sedikit terkilan sbb tiada disisi sewaktu beliau meninggal. Sama juga dengan arwah ayah dulu, aku tidak sempat berbakti menjaganya waktu sakit. Kehilangan bapa saudara ku ini adalah sewaktu aku ingin pulang ke tempat kerja. Patut lah berat sgt hati ini nak balik...Kini tiada lagi gurau senda diantara kami. Hanya anak2 penyambung silaturahim.