Sunday, October 2, 2011

DEMAM EXAM

       Esok 4.10.2011 bermulalah peperangan bagi pelajar2 tingkatan 3. Setelah penat mengasah minda maka esok akan diuji selayaknya. Bagi sesetengah pelajar, hari esok amat menyesakkan manakala bagi pelajar2 yg lain pulak, esok umpama pesta.Tepuk dada tanya selera..adakah selama ini anda telah berusaha dengan gigih atau sekadar datang ke sekolah untuk bertemu kawan dan mendapat duit poket sahaja.
       Zaman saya dahulu, cukup takut bila mendengar perkataan exam. Takut nanti kena marah dgn mak kalau gagal.. malu dengan kawan2 kalau markah cuma cukup2 makan dan kalau tak lulus macam mana nak jadi contoh pada adik2..macam mana nak pergi universiti?..macam mana nak capai cita-cita aku? ...adoi ..perasaan pada waktu itu x dapat nk digambarkan.
       Tapi bila dilihat pada anak2 didikku sekarang...aku berasa sangat sedih. Tidak ada cita-citakah mereka? Tak ingin ke menjejak kaki ke universiti?. Mereka cuma tahu nak berseronok sahaja. Ya-allah.. aku berdoa semoga anak-anak aku nanti tidak jadi begitu. Biarlah mereka belajar dengan rajin. Biarlah mereka berjaya di dunia dan akhirat. AMIN


No comments: