Saturday, October 8, 2011

SEDAPNYA..

Kek memang sedap dimakan. Apatah lagi sekarang ni kita boleh dapat pelbagai rupa bentuk dan perisa.

Tapi kalau kek yang kita dapat macam gini rupanya.


SANGGUP KE NAK MAKAN.... UIK











Mami Jarum

Emas... emas ... emas.. Sebut pasai emas memang orang pompuan ni kalah.Pantang ada patern baru, mesti nak beli. Tak kira lar walaupun harga emas ni melambung tinggi.




Selagi tak dapat apa yang diingini, ada sesetengah kaum isteri ni sentiasa mendesak sang suami.Alamatnya pening kepala la si suami ni nak cekau duit. Harga emas bukanya murah. Paling kecil pun 1 atau 2 ribu. Agak-agaknya ini la rupa suami yg tengah pening kepala ni.



Bila dah dapat apa yang diingini, si isteri pasti akan tersenyum senang. Macam cerita mami jarum ni. Habih semua dipakainya..hehehe




TITIK







Sunday, October 2, 2011

DEMAM EXAM

       Esok 4.10.2011 bermulalah peperangan bagi pelajar2 tingkatan 3. Setelah penat mengasah minda maka esok akan diuji selayaknya. Bagi sesetengah pelajar, hari esok amat menyesakkan manakala bagi pelajar2 yg lain pulak, esok umpama pesta.Tepuk dada tanya selera..adakah selama ini anda telah berusaha dengan gigih atau sekadar datang ke sekolah untuk bertemu kawan dan mendapat duit poket sahaja.
       Zaman saya dahulu, cukup takut bila mendengar perkataan exam. Takut nanti kena marah dgn mak kalau gagal.. malu dengan kawan2 kalau markah cuma cukup2 makan dan kalau tak lulus macam mana nak jadi contoh pada adik2..macam mana nak pergi universiti?..macam mana nak capai cita-cita aku? ...adoi ..perasaan pada waktu itu x dapat nk digambarkan.
       Tapi bila dilihat pada anak2 didikku sekarang...aku berasa sangat sedih. Tidak ada cita-citakah mereka? Tak ingin ke menjejak kaki ke universiti?. Mereka cuma tahu nak berseronok sahaja. Ya-allah.. aku berdoa semoga anak-anak aku nanti tidak jadi begitu. Biarlah mereka belajar dengan rajin. Biarlah mereka berjaya di dunia dan akhirat. AMIN