Saturday, October 8, 2011

SEDAPNYA..

Kek memang sedap dimakan. Apatah lagi sekarang ni kita boleh dapat pelbagai rupa bentuk dan perisa.

Tapi kalau kek yang kita dapat macam gini rupanya.


SANGGUP KE NAK MAKAN.... UIK











Mami Jarum

Emas... emas ... emas.. Sebut pasai emas memang orang pompuan ni kalah.Pantang ada patern baru, mesti nak beli. Tak kira lar walaupun harga emas ni melambung tinggi.




Selagi tak dapat apa yang diingini, ada sesetengah kaum isteri ni sentiasa mendesak sang suami.Alamatnya pening kepala la si suami ni nak cekau duit. Harga emas bukanya murah. Paling kecil pun 1 atau 2 ribu. Agak-agaknya ini la rupa suami yg tengah pening kepala ni.



Bila dah dapat apa yang diingini, si isteri pasti akan tersenyum senang. Macam cerita mami jarum ni. Habih semua dipakainya..hehehe




TITIK







Sunday, October 2, 2011

DEMAM EXAM

       Esok 4.10.2011 bermulalah peperangan bagi pelajar2 tingkatan 3. Setelah penat mengasah minda maka esok akan diuji selayaknya. Bagi sesetengah pelajar, hari esok amat menyesakkan manakala bagi pelajar2 yg lain pulak, esok umpama pesta.Tepuk dada tanya selera..adakah selama ini anda telah berusaha dengan gigih atau sekadar datang ke sekolah untuk bertemu kawan dan mendapat duit poket sahaja.
       Zaman saya dahulu, cukup takut bila mendengar perkataan exam. Takut nanti kena marah dgn mak kalau gagal.. malu dengan kawan2 kalau markah cuma cukup2 makan dan kalau tak lulus macam mana nak jadi contoh pada adik2..macam mana nak pergi universiti?..macam mana nak capai cita-cita aku? ...adoi ..perasaan pada waktu itu x dapat nk digambarkan.
       Tapi bila dilihat pada anak2 didikku sekarang...aku berasa sangat sedih. Tidak ada cita-citakah mereka? Tak ingin ke menjejak kaki ke universiti?. Mereka cuma tahu nak berseronok sahaja. Ya-allah.. aku berdoa semoga anak-anak aku nanti tidak jadi begitu. Biarlah mereka belajar dengan rajin. Biarlah mereka berjaya di dunia dan akhirat. AMIN


Saturday, September 24, 2011

SEKADAR RENUNGAN

Tanpa berpijak di atas bumi, kita tidak akan tahu setinggi mana langit itu, tanpa ada orang miskin, kita tidak tahu adanya orang kaya dan tanpa adanya semut, kita tidak akan dapat menilai betapa besarnya seekor gajah. Kenapa begitu? BERFIKIRLAH
Kerana itu kita belajarlah dari bawah supaya kita dapat menikmati ketinggian tanpa mendongakkan kepala. Melihat apa yang ada di bawah, akan mengingatkan kita bahawa siapa pun kita, kita tetap seorang hamba di sisi-Nya. Jadi kenapa masih suburkan sifat riak di hati? Belajarlah menundukkan kepala...

Friday, September 23, 2011

Blogging

hari ni ramai kengkawan aku belajar membuat blog sendiri..agak kecoh lar jugak sbb bila ade benda baru ni...excited la sikit.kita tgk ajer la nanti menjadi tak blog depa nanti

Saturday, September 10, 2011

Jamuan Raya

Jamuan raya yg diadakan at my skool mmg merah..Ini antara gambar yg berjaya dirakamkan

Sunday, August 7, 2011

SUDAH LAMA AKU TIDAK MENGUPDATE BLOG. TIDAK ADA YG MENARIK HENDAK DICERITAKAN. SEKARANG NI MOOD PUASA SO AGAK SLOW LAR SIKIT AKTIVITI2 SAMPINGAN INI. ALHAMDULLILAH..SETAKAT INI AKU AKU MASIH LAGI BERPUASA PENUH. MMMMM INI SEMUA GARA2 NK X-BOX LA NI..DISAMPING ITU DUIT 5 HINGGIT SEHARI...X APA LAR SEMUA ITU SANGGUP AKU KORBANKAN ANDAI ITU SAJA CARA UNTUK MELATIH DIA BERPUASA.
BULAN POSA NI JUGA MINAT AKU UTK MEMBACA NOVEL TELAH MENJADI KURANG..KT UMAH ADA 3 BUAH NOVEL LAGI YG BLOM AKU SENTUH. BUKAN APA..PENAT NK BERJAGA MALAM.. LAGIPUN BOLAN2 POSA AKU DENGAN RELA HATINYA MEMASAK JUADAH BERBUKA..PADAHAL SEMASA BUKAN BULAN POSA AKU RAJIN BELI AJER MAKANAN KT LUAR. KESIAN SEBENARNYA NGAN ANAK AKU TU KALU HARI2 BELI MAKANAN KT LUAR.

Monday, July 11, 2011

HARTA ATAU PENDIDIKAN

HAC... hari ini semua warga SMKTP sibuk sekali. Pelajar2 yang berjaya juga tersenyum girang. Yer la mereka dah berusaha bersungguh2 utk mencapai kejayaan tersebut. Bertuah sungguh para ibu bapa bila anak mereka mencatat kejayaan yg gemilang. Tapi aku tgk pelajar2 yg gagal pun tersenyum gembira. Huh...mungkin mereka masih tidak sedar. Pelajaran itulah yang penting untuk mencorak masa depan mereka nanti. Nak harapkan harta mak bapa ..sampai bila?.. Sekarang pun ramai manusia yang bergaduh sesama sendiri berebutkan harta pusaka. Harta itu tidak akan berjaya membentuk kita menjadi insan yang berguna. Memang tidak dinafikan kekayaan juga penting tapi tanpa pelajaran..hidup manusia itu tidak bermakna. Ibarat orang buta huruf membaca akhbar...Cuba bayangkan..

Monday, May 23, 2011

EXAM

Musim peperiksaan datang lagi. Minggu ini minggu terakhir peperiksaan dan persekolahan. Minggu depan aku akan bercuti 14 hari. Cuti ni rasa2nya tak akan pergi kemana-mana. Almaklum lar banyak kertas yg perlu dibereskan. Kenduri pun banyak musim2 cuti ni. Sekarang ni tinggal 3 kelas lagi yg perlu dibereskan. Cadang nak habihkan kesemuanya..harap2 tu aku akan berjaya. Chayok

Monday, April 25, 2011

SIPI

Penat sangat hari ni. Meskipun aku buat wat kerja berat pun. entah ler sejak berat badan makin bertambah ni aku rasa cepat sangat letih.Tak macam zaman muda2 dulu..sanggup berjalan dari M4P ke USM..hihihi..ni semua zaman cinta2 dulu lar.
Malam ini dan 3 malam seterusnya aku akan ditemani oleh anak aku saja..maklum lar..my hubby kena jadi WASIT lak..mmm.
Minggu ni semua warga pendidik di SMKTP terpaksa bekerja keras. Ini semua gara 2 Cik Nazir nk mai. (dicalonkan utk SPT) la katakan...Kadang2 pening aku tgk..adakah bila ada orang nk melawat ajer baru nak bertungkus lumus..kalu tak ader apa2 buat dek ajer..manusia2..

Wednesday, March 23, 2011

TULIS

Dahulu suka sangat aku menulis...tulis..tulis..tulis..lama- lama leh wat duit. Itu yg selalu aku idamkan masa zaman sekolah. Tetapi sekarang nak tulis ayat mudah pun selalu berfikir panjang. Tu lar sapa suruh tak praktis..kan sudah terkena. Sentiasa berlatih akan membuatkan kita lebih mahir. Kadang2 bila aku baca novel2 yg ditulis oleh novelis- novelis sekarang aku berasa sangat cemburu. Dulu itulah salah satunya hobi aku. Menulis.. Zaman sekolah banyak juga cerpen2 yang aku tulis. Tu tidak termasuk sajak2 lagi. Maklum lar.. waktu itu banyak idea yg datang..zaman remaja kan banyak yang boleh diceritakan..Mmmmm...bila aku leh tulis semula ni.....