Monday, July 21, 2014

AYAH

Raya akan menyusul tidak lama lagi. Tahun ni hari raya tidak akan sama seperti yang lain. Tahun ini tidak dapat lagi mencium tangan ayah. Kehilangan ayah masih terasa. Masih ku igt...pada bulan syawal yang lalunya ayah telah pergi meninggalkan kami semua. YA ALLAH...KAU ampunilah segala dosa ayahku, Kau luaskanlah kubur ayahku, Kau terangkanlah kuburnya, Kau jauhkanlah dia dari siksaan kubur dan Kau tempatkanlah dia dikalangan orang-orang yang beriman.
Ayah...
Semasa ayah hidup...aku tahu aku sukar menunjukkan betapa aku sayang padanya. Ini kerana sikap ayah yang pendiam membuatkan aku tidak berani nak cakap berlebih-lebih dengannya. Jika dia marah, dia hanya akan mendiamkan diri. Ayah tidak pernah bersuara lantang dengan kami semua. Ini membuatkan kami lebih hormatkan beliau sehinggakan nak minta duit sekolah pun kami tak berani. Selalunya kami akan meminta duit belanja dari mak walhal duit itu sebenarnya dari ayah.
Sewaktu aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke USM., aku tahu ayah berasa susah hati. Pendapatan sebagai petani mana mungkin dapat membiayai pelajaranku di USM, tetapi ayah tetap berusaha untuk meminta hutang dari tokeynya bagi membolehkan aku meneruskan pelajaranku. Sesungguhnya aku amat berterima kasih kepada ayah.
Bila aku sudah bekerja, ayah tidak pernah meminta duit belanja dariku. Kadang-kadang bila aku memberi duit belanja kepadanya ayah akan bertanya duit itu untuk apa.
Ayah...sesungguhnya kami benar-benar rindu sebab pemergianmu secara mengejut. Ayah tidak pernah sakit teruk.
Hari raya yang lalu...ayah telah menunjukkan perubahannya, tapi kami tidak menyedarinya. Sewaktu sesi bersalaman, ayah telah memeluk adik lelakiku dgn erat dan dia juga menitiskan air mata padahal sebelum2 ini ayah tidak pernah berkelakuan sedemikian. Ayah juga sanggup mengikut kami pergi beraya sehingga ke malam hari sedangkan itu bukan kebiasaannya. Ayah tidak pernah mau ikut dan dia lebih selesa berada dirumah. Rupa2nya itu merupakan satu petanda yang beliau akan pergi.
Ayah...sesungguhnya kehilangan mu benar2 dirasai.
ALFATIHAH