Tahun baru bakal menjelma. Alangkah singkatnya masa sekarang. Terasa baru di pertengahan 2013 rupa2nya sudah penghujung tahun.
Masih banyak lagi perkara yang belum dicapai tahun lalu dan aku berharap dalam tahun baru ini aku akan berjaya memenuhi semuanya.
Tahun Baru ini aku MASIH lagi bekerja di tempat lama kerana permohonan aku untuk bertukar tidak berjaya. Moga2 tahun ini akan memberi sinar baru dalam kehidupan ini. Insya allah.
Tiada kata yang dapat ku gambarkan. Tahun lalu banyak menyedarkan aku tentang betapa sukarnya kehidupan ini jika kita alpa. Seharusnya kita hendaklah bersyukur dengan nikmatnya dan bersabar dngan segala halangan yang harus ditempuhi. Insya allah, tahun ini aku akan cuba mengubahnya.
Tuesday, December 24, 2013
Tuesday, October 8, 2013
Ayah
Sudah lama rasanya tidak mencoretkan rasa di sini.Hampir2 setahun kalau tak silap. Sepanjang waktu itu pelbagai peristiwa manis dan pahit yang berlaku.
Namun yang paling pahit adalah kehilangan ayah tercinta pada 30/8/2013. Ayah pergi secara mengejut. Ini merupakan tamparan hebat buat kami semua. Ayah tidak pernah sakit teruk. Seingat saya ayah pernah demam teruk sewaktu saya tingkatan 1. Selepas itu ayah sihat walafiat.
Ayah seperti yang saya kenali seorang yang tidak bercakap banyak. Tidak pernah memarahi anak2nya. Tapi itu sudah cukup utk aku berasa takut ngan ayah. Sifatnya yang diam membuatkan aku tak berani nak melawak ngan ayah. Biasanya aku cuma bercakap perkara yang penting2 ajer ngan ayah. Minta duit belanja sekolah pun aku minta kat emak. tapi aku tahu duit itu pun datang dari ayah.
Ayah juga menjadi tempat rujukan utk sesetengah penduduk kampung kami. Ayah menjadi pakar rujuk untuk membuat rumah, bendang dan kadang kala untuk mengubati org yg sakit. Mungkin ini adalah kelebihan yg diberikan oleh Allah s.w.t. kepada ayah. Dan ini menyebabkan ayah disenangi oleh ramai orang.
Raya tahun ini aku sudah nampak perubahan ayah. Sewaktu sesi bermaafan. ayah aku telah memeluk erat adik2 lelakiku. Waktu itu hati ini telah terdetik tapi aku endahkan sahaja. Maklumlah ayah aku sihat walafiat.
Panggilan telefon dari emak pada pkol 1.00 tghari 30.8.2013 membuatkan hatiku berdebar. Emak mengatakan ayah pening dan jatuh di masjid semasa solat jumaat. Aku pun cepat2 mengemskan pakaian. Tidak berapa lama kemudian sepupu aku pula yang telefon. Pada waktu itulah aku baru tahu bahawa ayah telah pun tiada. Perasaan itu tidak dapat aku gambarkan. Sedih sgt2...ayah yg sangat kami kasihi telah pergi meninggalkan kami semua.
Namun bila diingatkan ayah pergi di hari Jumaat, didlm masjid dan baru selesai solat sunat aku berasa sgt bersyukur. Ayah tak pernah nak menyusahkan kami semua. Hingga akhir hayatnya pun dia tidak mahu menyusahkan kami untuk menjaganya.
Ayah sewaktu ayah hidup saya jarang menyatakan sayang tapi itulah sifat saya. Sayang saya hanya mampu dizahirkan dari perbuatan. Sesungguhnya saya benar2 sayangkan ayah. Dan kini saya benar2 merindui ayah. Semoga ayah tenang disana. YA ALLAH, aku mohon kepadamu KAU tempatkanlah ayah ku dikalangan orang2 yang beriman. KAU ampunilah segala dosa-dosanya. Sesungguhnya AYAH adalah insan terbaik yang pernah hadir di dalam hidup kami semua.

Subscribe to:
Posts (Atom)