Tuesday, July 1, 2008

CERPEN : Perit

Zana...seorang gadis kampung yang bercita-cita tinggi. Impiannya setinggi awan yang mustahil dicapai oleh tangan. Baginya pelajaran itu amat penting, kerna pelajaranlah yang akan menentukan masa depannya nanti. Pelajar SMKKB itu memang terkenal di sekolahnya. Dia seorang pelajar yang aktif dan sentiasa disenangi oleh guru dan kawan-kawannya..
"Tikah...kau tengoklah nanti...kalau aku berjaya dalam SPM aku akan memohon course yang paling aku minati MASS COMM"ujar Zana kepada kawan karibnya Atikah. Atikah cuma tersenyum mendengar kata-kata Zana kerana baginya cita-cita Zana itu pasti akan tercapai juga...

bersambung...

beban kerja

Bidang pekerjaan sekarang semakin mencabar. Biarlah jika kita bekerja dengan kerajaan maupun swasta. Beban tugas yang kita tanggung memang sukar. Suasana masyarakat, ekonomi dan keadaan sekeliling menyebabkan kita sentiasa merungut dengan kerja kita sendiri. Banyak kerja yang perlu disiapkan...kadang-kadang kerja lama belum disiapkan, kerja yang baru sudah datang menunggu.....Kalau nak berhenti kerja pun kita terfikir nak sara hidup macam mana...so terpaksa lah kita teruskan dengan kerja kita itu...

Tuesday, May 6, 2008

FIKIR SENDIRI

Zaman sekolah memang seronok. Waktu itulah kita dapat mencorakkan masa depan kita.Kita dapat mengenal kawan. Tapi bila aku perhatikan budak2 sekolah sekarang aku merasakan sangat kecewa. Budak2 sekarang sudah hilang nilai moralnya. Bukan saja dari segi sikap malah rohani mereka juga begitu. Mereka sudah tidak tahu menghormati orang tua malah perasaan malu pun sudah tidak ada dalam diri mereka. 2 minggu yang lalu aku menemani husband aku ke satu sesi pemilihan pemain bola sepak untuk peringkat daerah.. Di hadapanku ada sekumpulan pelajar yang aku kira masih lagi di sekolah rendah. Mereka begitu asyik bercerita tanpa menghiraukan aku yang duduk tidak jauh dari mereka. Pada mulanya topik yang mereka bincangkan adalah biasa tapi tiba2 telinga aku terdengar mereka bercakap tentang video lucah. Mereka begitu asyik menceritakan adegan yang mereka lihat. Mereka bercakap tanpa segan silu dan tidak menghiraukan aku yang berada di situ. Mana perginya perasaan malu mereka dan mana hilangnya perasaan hormat mereka pada orang tua. Aku yang berada disitu pun berasa malu mendengar perbualan mereka dan aku cuma memerhatikan mereka saja..Tapi mereka masih dengan sikap mereka...buat dono aje..Nak aku tegur..budak2 sekarang bukannya boleh ditegur..nanti lain lak jadinya. Lalu aku tertanya2 kenapa budak2 sekarang bersikap begitu adakah kurang didikan sekolah atau kurang didikan di rumah. Ataupun dunia sekarang terlalu bebas untuk remaja..Sama-samalah kita fikirkan.

gambar antu...perhatikan poster tu betul2

Monday, January 28, 2008

KEJAM SANGAT KE KITA

Dunia sekarang macam2 dah jadi...manusia sudah lupa perikemanusiaan...manusia lupa pada yang SATU....
Dulu jarang sekali kita dengar kes yang membabitkan kanak-kanak...sekarang boleh katakan saban hari kita akan dikejutkan dengan kes yang membabitkan kanak2...cabul, rogol, bunuh dan dera...Sedih sekali bila dikenangkan betapa kanak2 yang tidak mengerti apa2 diperlakukan sedemikian rupa..adakah tiada sedikit pun perasaan bersalah pada pelaku2 berikut untuk melakukan perkara yang kejam itu....tidak ingatkah mereka bahawa merka juga ada adik ada anak..jadi apakah perasaan mereka jika saudara mereka sendiri diperlakukan demikian....
Sekarang kita sedang menanti kepulangan adik Sharlinie...diharapkan keluarga adik Sharlinie bersabar menempuh dugaan ini...Sesungguhnya dugaan ini amat berat..namun harus diingatkan setiap kejadian itu ada hikmahnya.....

Monday, January 7, 2008

Tahun Baru

Happy New Year.....2008. Tahun baru...azam pun baru, tapi azam yang lama dah tercapai ke....sendiri tahu la.Seperti tahun-tahun yang lalu, aku juga punya azam yang baru.Tak tahu la azam itu akan tercapai atau tidak...tahun lalu bermacam peristiwa sedih yang berlaku dinegara kita...tahun ni macam mana agaknya? sama-sama lah kita nantikan...tapi aku berharap tiada lagi kes-kes yang kejam akan berlaku....sedih bila dikenangkan betapa kejamnya masyarakat sekarang...agaknya dah akhir zaman..maka bunga-bunga kiamat pun banyak...sama-samalah kita bertaubat kepadaNya.