Tuesday, July 1, 2008

CERPEN : Perit

Zana...seorang gadis kampung yang bercita-cita tinggi. Impiannya setinggi awan yang mustahil dicapai oleh tangan. Baginya pelajaran itu amat penting, kerna pelajaranlah yang akan menentukan masa depannya nanti. Pelajar SMKKB itu memang terkenal di sekolahnya. Dia seorang pelajar yang aktif dan sentiasa disenangi oleh guru dan kawan-kawannya..
"Tikah...kau tengoklah nanti...kalau aku berjaya dalam SPM aku akan memohon course yang paling aku minati MASS COMM"ujar Zana kepada kawan karibnya Atikah. Atikah cuma tersenyum mendengar kata-kata Zana kerana baginya cita-cita Zana itu pasti akan tercapai juga...

bersambung...

beban kerja

Bidang pekerjaan sekarang semakin mencabar. Biarlah jika kita bekerja dengan kerajaan maupun swasta. Beban tugas yang kita tanggung memang sukar. Suasana masyarakat, ekonomi dan keadaan sekeliling menyebabkan kita sentiasa merungut dengan kerja kita sendiri. Banyak kerja yang perlu disiapkan...kadang-kadang kerja lama belum disiapkan, kerja yang baru sudah datang menunggu.....Kalau nak berhenti kerja pun kita terfikir nak sara hidup macam mana...so terpaksa lah kita teruskan dengan kerja kita itu...